Monday, 2 January 2012

no title.


ohoi. :)

bebudak hanaa semuanya malas-malas belaka. termasuk aina. bukti? last update kitaorang tahun lepas. November 2011. nampak benor pemalasnya. lantaklah, bukannya ada orang nak baca pung.

btw, tuptup 2011 sudah melabuhkan tirainya. dah masuk 2012. k, yang tu semua orang pun tahu. tapi tahukah kalian bahawa tahun ni we're PMR victims? tak tahu? ye. HANAA dah jadi PMR candidates tahun ni.

aina tiba-tiba teringat balik zaman dulu (padahal 2011 je pun) time kakak2 dan abang2 memasing nervous nak ambil result PMR. sampai trending dekat twitter. aina macam, acane kalau hari khamis tu aina kena ade dekat sekolah pastu nervous sampai gigil satu badan. dari jauh dah nampak macam parkinson semata-mata nak ambil keputusan PMR.

sadis beno... takutnya!

kenyataan, ye. kami akan study sampai lebam. tidur pukul 3 pagi menghadap buku2. kami akan cuak sebab nak PMR. kami akan hadapi kertas2 soalan PMR. kami akan solat hajat dan tak tidur malam sebab PMR. kami akan datang sekolah pagi-pagi nak ambik result PMR. dan Insyaallah, kami akan menangis gembira dengan result PMR kami. doakan okay.

much love, Aina.

No comments:

Post a Comment