Hai, hello, bonjour, ohaiyo gozaimasu dan Assalamualaikum. Aku Rock.
Bukan 'rock' batu mahupun janji rock. Hanya Rock, walaupun nama atas surat beranak aku Rokiah, maklumlah, darah muda.. ada apa sangatlah dengan Rokiah tu. So apa-apa pun, panggil aku Rock.
Aku sekarang ni dah kena fikir macam macam. Bukan setakat macam mana nak menternak lemak sahaja, malah macam macam perihal dunia. Especially aku calon PMR tahun ni. Oleh itu, aku banyak mengatur strategi untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Hari ni sebenarnya aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku sekolah dekat bandar. Maklumlah, 14 tahun aku hidup dekat kampung nun jauh di Kampung Baru, alih-alih exam PMR aku kena jawab dekat sekolah bandar ni. Rasanya tak perlu aku bagi tahu kenapa. Dan tak perlu juga aku mention sekolah apa.
Macam kawan aku yang ala-ala mat salih celup selalu cakap, 'cultural shock' tu memang la woi, first day aku dah kena. Itu membuatkan aku menari lagu Shock dari kumpulan BEAST yang ahlinya maigod handsome2, secara spontan.
Bukan sahaja 'cultural shock', malah aku rasa kawan-kawan baru aku dekat sini terlalu fokus dengan PMR sampai kadang-kadang aku rasa kalau borak dengan kucing makcik kantin lagi best.
Ok mari kita singkap balik kejadian hari ini yang boleh dikatakan aneh atau ajaib antara aku dan Diba, bendahari kelas aku.
Rock: Tadi masa rehat, aku pinjam duit kau.. aku pinjam dua ringgit buat beli benda petak (fried fillet) dengan ayor kotak...nah ambik aku bayar balik.
Diba: Eh, tadi tu i terbagi duit kelas lah, dua ringgit tadi tu duit kelas lah.
Rock: Hoh? yelah aku bagi jelah seringgit ni kat kau.
Diba: Eh jangan, tu kena bayar dekat tabung kelas bukan bayar dekat i.
Rock: Hoh? Yelah..aku bayar dekat kau jelah.
Diba: Itu duit kelas lah, nanti susah nanti, jangan bayar dekat i.
Rock: Hoh? habis aku nak bayar dekat siapa? kalau aku bayar dekat kau apa beza aku bayar dekat kelas?
Diba: Kejap...kita tukar. U bagi dua ringgit tu dekat i, i bagi dua ringgit yang i punya dekat u. Jadi sekarang u sedang pinjam duit i dan bukan duit kelas tau. Haaa
Rock: Hoh??
Diba: Ok sekarang bayar lah balik duit dua ringgit i.....
Rock: Patah dua juga bangku kantin ni aku libas.
Yea.
Lepastu yang ini aku dah lali. Lumrahlah kan kalau ada haters. Even 'kawan' yang kununnya sahabat sejati forevahh aftahh tu pun kemungkinan tak suka kita. Siap gossip lagi.
" He eleh si Rock tu kan, tahulah gemok, dah gemok, gemok lagi. "
Hahaha statement mintak penampar, bukan? :p
Yang pasal ni aku tak nak taip banyak, takut jatuh mengumpat. Aku jugak dapat dosa kering.
So lets move on to the positive part. Form 3 kena selalu positive thinking, baru dapat 8A dengan jayanya. Aku sekarang result dah stabil. Kalau dulu AABACDEA sekarang Alhamdulillah, subjek Sains je aku tangkap klok.
Dapat result paper Sains je B. Aku kena usaha lagi, inshaallah.
Hari tu aku lepak dengan kembar siam aku, si Aina. Katanya dia ambil Arab so dia target 9A untuk PMR.
Bagi aku banyak woo.. tapi tak tahu lah dia. Apa-pun, aku doakan dia dengan kawan-kawan dia.. apa.. NAHNU.. aku pun kurang pasti nama grup tu, berjaya dapat capai target PMR diaorang. Amin.
Oh ya, sebelum terlupa memandangkan aku dah duduk bandar, maka automatik juga aku wajib menyesuaikan diri dengan cara orang bandar. Sebagai contoh, aku buat account Twittah. Kalau nak klik, klik. Nak tenung sampai berasap pun boleh. Terserah.
Akhir kata, maaf kalau aku merepek terlalu panjang sampai membuang waktu korang yang berharga tu. So adios. Selamat sejahtera. Assalamualaikum.
Inspiration: Ainaa Mania & brader Hentakbelipat.
- Aina Bumshakalaka-
No comments:
Post a Comment